Imbauan-imbauan yang merentasi
Mindaku di atas
Kepala,
Dari Monorel berlalu,
Dulu tak begitu 5
Kerap.
Dua puluh minit cukup
Untuk menonton kota
Sibuk ini.
Namun sukar sekali 10
Menghayati
Tatkala manusia berlari,
Berpusu, berteriak, bercungap,
Berpeluh, memecut, mengunyah roti;
Keriuhan kota pacuan pagi. 15
Imbauan-imbauan di
Kepala
Ku ini,
Bisu;
Tenggelam 20
Di bawah keterburuan kota
Pagi.
Dua puluh minit
Cukup
Untuk mendengar 25
Keterburuan pagi
Kota sibuk.
Sekarang,
Monorel yang berlalu,
Dari atas, 30
Jambatan batu,
Kudengarkan
Perarakan talu
Memburu masa.
Tiada dapatku 35
Hentikan masa,
Untuk susupan
Kenangan singkat.
Dua puluh minit
Cukup untuk aku 40
Menontonkan
Mata-mata sayu
Dengan senyuman
Dan bayang-bayangmu,
Yang pernah mengisi 45
Tempat ini.
Bangku ini
Yang aku kerapi,
Pernah menunggumu
Dari sini, 50
Kota rinduanku.
Pagi hari ini,
Pagi yang bisu,
Tatkala kota berlari,
Berpusu, berteriak, bercungap, 55
Berpeluh, membisu, mengunyah perit,
Merasmikan keriuhan kota pagi.
Kota rinduan ini
Terukir senyuman dan
Bayangan beratmu, 60
Di sebalik kaca-kaca
Yang memukat awan.
Pagi kota ini,
Sunyi dan bisu,
Kerana aku cuma 65
Mendengar
Rinduanku
Pada pagi keriuhan kota.
No comments:
Post a Comment