9.14.2009

Sepucuk Surat Untukmu

Sepucuk surat ini

Untukmu,

Kembalilah kembali,


Ke manamu mengembara

Nun jauh dari

Sisiku yang sunyi,


Keriangan tak bererti

Buat aku,

Selepas pemergianmu,


Biarlah aku,

Merantau

Mencari bayanganmu,


Kerana aku,

Kerana cinta dua rantau

Di antara Kayangan dan Kundasang,


Sepucuk surat ini

Untukmu,

Jangan kita berpisah,



Kembalilah kembali,

Kemanamu mengembara,

Sengasara dihatiku yang lara,


Keraian tak bersambutan,

Keriangan bukan milikku,

Kembalilah kesayanganku,


Janganmu mengembara

Jauh

Dari hatiku,


Biarlah aku mendekati

Disisimu,

Seperti sepucuk surat ini,


Menemanimu,

Bila aku menyulam

Isi hati,


Kamu menghalusi;

Mendalami bibit-bibit

Rinduku padamu,


Janganlah mengembara jauh,

Asal kita di sini,

Mari kita membina,


Kayangan di sini,

Dan Kundasang dihati,

Kembalilah kembali,


Sepucuk surat ini,

Membujukmu

Kembali.

No comments: